Kelahiran naga dari Syarikat Hijau

Dragon?? Dragon ialah nama kepada platform baru AMD yang telah dilancarkan setelah kejayaan Spider Platform. Dragon adalah teknologi baharu gabungan Processor baharu pada platform yang direka untuk beroperasi pada tahap kecekapan tertinggi.

Untuk mendapat tahap kuasa dan kecekapan ini gabungan Phenom II + Chipset berasaskan AMD790GX, + 'Graphics card' siri ATi HD Radeon 4800 perlu digabungkan. Kesimpulannya sesuatu sistem mestilah 'ngam' dengan setiap unit atau device tersebut. Apa gunanya jika memiliki processor laju tetapi FSB dan RAM speed rendah... ini umpama sebuah ferrari yang cuba memecut dilorong berliku-liku yang sangat sempit dan gelap.. sebelum memiliki sebuah PC adalah dicadangkan supaya diteliti dahulu spec yang anda ingin beli(FSB, SOCKET, SLOT....) Dan seeloknya rujuk pada pakar yang jujur.