c2bytes Computer and Services
C2bytes.Com dengan kerjasama FMZ Net Solutions (KT-0223256 A) telah menjalankan perniagaan di Student Mall, Kampung Wai.
Premis perniagaan ini adalah di bawah kelolaaan Unit Keusahawanan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Unimap.
Berdasarkan kajian, FMZ Net Solutions mendapati bahawa IT begitu penting pada hari ini. Dengan itu, pemilik mengambil langkah untuk membuka satu pusat jualan komputer untuk kemudahan para pelajar dan orang awam untuk mendapatkan aksesori komputer tanpa perlu pergi ke bandar Kangar yang mana akan dapat menjimatkan kos perjalanan, wang dan masa. Antara perkhidmatan yang akan ditawarkan adalah menjual, membaiki dan servis komputer, laptop dan printer, pembinaan laman web, advertising, networking, menjual kad tambah nilai, tempahan baju serta membuat pendaftaran Streamyx dan Fixed Line.